KUALA LUMPUR: Mendiang Tan Sri Devaki Krishnan dilihat sebagai tokoh yang memberi inspirasi dan menjadi simbol kepada peranan penting dimainkan wanita India dalam masyarakat Malaysia, menurut Persatuan Warisan Malaysia-India.
Presiden yang juga pengasas persatuan itu, Prabhakaran Nair ketika menyampaikan ucapan takziah bagi pihak persatuan, menekankan perjalanan luar biasa mendiang Devaki yang menentang arus dan meninggalkan jejak berkekalan dalam politik Malaysia.
Devaki, wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, meninggal dunia Sabtu lepas pada usia 100 tahun.
"Semangat membara beliau memecahkan halangan gender dalam ruang lingkup pekerjaan tanpa perkauman sekali gus mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi mendiang dalam aspek keterangkuman," katanya dalam kenyataan melalui WhatsApp kepada Bernama.
Dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 11 Mac 1923, mendiang Devaki yang memulakan kerjaya sebagai guru, merupakan wanita pertama dalam perkhidmatan awam pada era Tanah Melayu sebelum merdeka apabila beliau dipilih dalam Majlis Perbandaran Bangsar pada 1952.
Mendiang menyertai Parti Kemerdekaan Malaya pada 1951 atas jemputan presiden pengasas parti itu Datuk Onn Jaafar.
Selepas Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952, Devaki menjadi naib presiden MIC yang ketika itu hanyalah sebuah persatuan sosial dan kebajikan.
Anak sulung daripada enam beradik itu antara individu yang terlibat menubuhan bahagian wanita MIC dan menjadi Setiausaha Wanita MIC Kebangsaan yang pertama pada 1975.
Ketika peristiwa 13 Mei 1969, Devaki sebagai anggota pertahanan awam, bertanggungjawab menguruskan klinik perubatan di Stadium Merdeka dengan memberikan bantuan kepada 3,500 mangsa rusuhan dan gelandangan.
"Pada 1999, mendiang memainkan peranan penting dalam pindaan Akta Penjagaan Kanak-Kanak yang memperjuangkan hak ibu tunggal dalam penjagaan anak," kata Prabhakaran.
Menurut beliau jasa Devaki akan terus dikenang dan mendiang kekal sebagai simbol kekuatan, kepimpinan dan pejuang keadilan sosial dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai lapisan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Devaki, wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, meninggal dunia Sabtu lepas pada usia 100 tahun. - Foto Credit the book
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.